Browse By

Lima Kali Khalwat Dalam Masjid, Akhirnya Tertangkap!

Tatkala orang lain menggunakan masjid sebagai tempat mendekatkan diri dengan Allah, lain pula yang dilakukan oleh sepasang kekasih dengan menjadikannya sebagai tempat memuaskan nafsu.

Kejadian ini berlaku di negara seberang atau lebih spesifik di Masjid Desa Brantak, Jepara. Tatkala warga setempat mahu menunaikan sholat, pasangan tersebut pula sibuk memenuhi tuntutan batin mereka di dalam tandas masjid.

Mujur seorang pemuda bernama Muhammad Tasfin Faraz 27 tahun terserempak dengan mereka yang ketika itu tidak berpakaian.

Sugeng Prihantono 47 tahun dan kekasihnya Susilowati 33 tahun segera ditangkap. Kemudian mereka dibawa ke balai desa setempat untuk menunggu tindakan yang selanjutnya.

“Saat saya tiba di masjid, keduanya masih telanjang. Langsung saya siram air, kemudian saya bawa ke balai desa,” kata Tasfin.

Selepas disoalsiasat, Sugeng dan Susilowati mengaku sudah lima kali berkhalwat dalam masjid, dan kali ini mereka tertangkap di dalam tandas.

Sementara itu menurut Kepala Desa, Nur Mudjianto, sebelum ini dia sering menerima laporan bahawa ada pasangan berkhalwat dalam masjid.

“Sudah sering dapat laporan. Tapi baru kali ini tertangkap,” ujarnya.

Kejadian ini telah menimbulkan kemarahan orang kampung kerana melibatkan tempat ibadat yang dicemari dengan perbuatan tidak senonoh.

Untuk mengelak amukan orang ramai, pasangan khalwat ini terpaksa dipindahkan secara rahsia ke balai polis berhampiran.

Pasangan ini dikira bernasib baik kerana tidak menjadi mangsa ‘hukum sendiri’ oleh orang kampung yang sangat marah dengan perbuatan mereka. Malah mereka juga bakal dinikahkan supaya kejadian tidak bermoral ini tidak berulang lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *