Browse By

Farid Kamil Ditahan Kerana Tampar Polis Dan Positif Dadah?

Pelakon dan pengarah terkenal Datuk Farid Kamil 36 tahun ditahan polis kerana menampar seorang anggota polis dan menendang orang awam di kaunter trafik Balai Polis Bandar Damansara pada kira-kira pukul 1:20 petang tadi.

Ketika kejadian dia dikatakan datang ke balai polis untuk membuat laporan tentang satu kemalangan jalanraya.

Semasa sedang berurusan, dia telah menampar muka anggota polis yang menerima aduannya. Malah dia juga turut menendang kaki orang awam yang berhampiran dengannya. Kejadian ini turut disaksikan oleh beberapa orang awam yang turut berurusan di balai polis tersebut.

Menurut sumber, dia kini sedang menjalani ujian air kencing untuk menentukan sama ada berada di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya.

Datuk Farid Kamil baru saja menerima anugerah darjah kebesaran dari Sultan Pahang sempena Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan pada bulan Disember tahun lalu.

UPDATE: Keputusan ujian air kencing menunjukkan Datuk Farid Kamil positif ganja. Susulan perkembangan terbaru ini, beliau akan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.

Datuk Farid kamil akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok bagi mendapatkan perintah reman, untuk siasatan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *