Browse By

Gadis 12 Tahun Sembunyi Kelahiran Bayi Dalam Laci

Manusia dan haiwan sama-sama memiliki nafsu. TAPI yang berbeza ialah, manusia dianugerahi akal oleh Tuhan untuk mengawal nafsu. Walaupun demikian, mengawal nafsu bukanlah mudah. Seringkali akal kita tertewas!

Sebab itulah setiap hari kita sering terbaca tentang kes remaja terlanjur akibat mengikut kata hati dan nafsu serakah. Misalnya di Sibu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun telah melahirkan anak luar nikah dalam rumah pada 3 Disember lepas.

Menurut laporan, ahli keluarganya langsung tidak tahu yang dia sedang hamil hasil hubungan dengan teman lelakinya yang baru berusia 15 tahun. Malah keluarganya juga tidak mengetahui yang dia bersalin dalam rumah.

Selepas bersalin, dia menyembunyikan bayinya dalam laci cabinet yang terletak di bilik setor. Walau bagaimanapun, segalanya terbongkar apabila kakaknya yang berusia 16 tahun terdengar tangisan bayi dalam kabinet. Sebaik laci cabinet dibuka, kakaknya terkejut apabila melihat seorang bayi di dalamnya.

Hasil soalsiasat, gadis tersebut mengaku dia telah berasmara dengan teman lelakinya pada akhir tahun 2016 atas dasar suka sama suka.

Bertindak berdasarkan pengakuan tersebut, kekasihnya telah ditahan dan disoalsiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Mujurlah keterlanjuran hubungan cinta monyet penuh bernafsu mereka tidak berakhir di dalam tong sampah, tandas awam atau dalam parit!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *